Azli Shukri Times

Kisah Tentang Mereka

Ali Hashim Yang Saya Kenal

leave a comment »

Semasa sessi perjumpaan dengan Ali Hashim

Pertama kali saya mendengar “Orang Kuat” Johor Corporation ini berucap adalah sewaktu beliau membentangkan kertas kerjanya di Persidangan Antarabangsa Peradaban Melayu III di Hotel Legend, Kuala Lumpur 4 tahun yang lalu. Saya turut sama menyertai persidangan yang berlangsung selama dua hari itu. Sejak mendengar ucapan Tan Sri Muhammad Ali Hashim tersebut, rasa hormat dan kagum terhadap idealisme dan konsep korporat Islam yang ingin beliau terapkan dalam kalangan kakitangannya di JCorp semakin saya sokong dan dukung.

Sebelum ini, saya hanya mengenali beliau melalui buku-bukunya seperti Bisnes Satu Cabang Jihad dan lain-lain. Konsep seperti “Jihad Ekonomi” dan “Jihad Perniagaan” cukup sinonim dengan beliau. Sukar untuk menemui tokoh korporat yang berjiwa Islam dan mempunyai misi Islam yang sangat jelas dan tepat. Yang lebih menarik, beliau tidak hanya bercakap, sebaliknya turut mempraktikkan apa-apa yang telah beliau sampaikan.

Akhirnya, banyak yang saya pelajari daripada Tan Sri Ali Hashim ini, seorang guru, seorang sahabat dan seorang tokoh korporat yang sangat berjaya. Malaysia memerlukan tokoh korporat seperti beliau, yang berupaya membuktikan agama Allah dan sunah Rasul-Nya adalah sesuai untuk setiap zaman dan di mana-mana keadaan sekali pun. Namun demikian, saya agak sedih dengan cara Tan Sri Ali Hashim “disingkir” daripada JCorp beberapa bulan yang lalu. Pada saya ia merupakan sebuah tragedi korporat yang sangat memilukan.

Walauapa pun yang berlaku terhadap tokoh besar korporat ini, saya tetap menghormati dan menjadikannya sebagai contoh. Malah, antara pengajaran yang saya peroleh dengan beliau setelah beberapa kali bertemu dan berbincang dengannya, bolehlah dirumuskan seperti berikut:

1. Jangan ikut teori ekonomi dan budaya korporat bangsa lain, sebaliknya orang Melayu jika ingin berjaya harus kembali kepada akar budaya kita dan agama kita sendiri, iaitu Islam.

2. Bina budaya korporat cara Islam, kita pasti mampu mengalahkan perniagaan-perniagaan bangsa lain. Kita gagal kerana meninggalkan agama kita sendiri.

3. Membina organisasi perniagaan berasaskan kepada tanggungjawab, tanggungjawab kepada Tuhan, masyarakat, keluarga dan diri sendiri.

4. Perniagaan Orang Melayu harus berasaskan kepada konsep “Jemaah” baru boleh berjaya dan maju. Jauhkan organisasi daripada sikap individualistik.

5. Jangan mengamalkan pengurusan perniagaan melalui peminjaman budaya kerja bangsa lain. Ambil mana-mana yang secocok dengan Islam dan Sunah.

6. Mengutamakan kepentingan ummah dan selalu bermusyawarah, kerana itu merupakan asas kejayaan sesebuah perniagaan.Jadikan ekonomi dan perniagaan sebagai satu cabang jihad dalam jiwa orang Melayu, InsyaAllah peniaga-peniaga Melayu akan bangkit menguasai ekonomi.

Written by Muhammad Azli Shukri

June 29, 2011 at 11:42 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: